Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Sains Tanaman) Dengan Kepujian

Program ini ditawarkan oleh Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi, Universiti Malaysia Terengganu bermula sesi 2014/2015. Ia merupakan salah satu program pilihan utama pelajar. Program Sains Tanaman memberi tumpuan kepada kajian tumbuhan untuk meningkatkan produktivitinya dengan memberi penekanan khusus dalam memahami struktur, anatomi dan pengelasan tumbuhan tanaman, pembiakan genetik dan tumbuhan, fisiologi tumbuhan, sistem tanaman, teknologi pengeluaran tanaman, sains tanah, mekanisasi pertanian, teknologi pertanian jitu, kawalan perosak, penyakit dan rumpai dalam pertanian dan teknologi benih. Objektif utama program ini adalah untuk menjana dan menyebarkan pengetahuan untuk pembangunan pertanian dalam pelbagai bidang sains tanaman.

Peluang Kerjaya

  • Pengurus Ladang
  • Pegawai di Sektor Swasta dan Agensi Kerajaan
  • Penyelidikan / Saintis
  • Usahawan

Bidang Pengkhususan

  1. Taksonomi Tumbuhan
  2. Genetik Pembiakan
  3. Fisiologi Tumbuhan
  4. Sistem Penanaman
  5. Sains Tanah
  6. Agricultural Machinery
  7. Teknologi Pertanian
  8. Pengurusan Perosak & Penyakit
  9. Teknologi Lepas Tuai
  10. Teknologi Benih

Syarat Kemasukan

Keperluan Am Kemasukan

  • Memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam Bahasa Melayu dan lulus mata pelajaran Sejarah, dan;
  • Memperoleh Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau;
  • Lulus Matrikulasi-KPM/ Sains Asasi di UM/ Asasi Sains di UKM/ Asasi di UiTM dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau;
  • Lulus STAM – Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyyid; atau;
  • Memperoleh Diploma atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti Awam.

Keperluan Khusus Program

STPM (Sains)
  1. Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam matapelajaran berikut:
    • Biologi / Fizik / Kimia
  2. Memperoleh sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3.0) dalam Malaysian University English Test (MUET)

Matrikulasi (Sains)
  1. Lulus matrikulasi/asas dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam mata pelajaran berikut:
    • Biologi / Fizik / Kimia
  2. Memperoleh sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3.0) dalam Malaysian University English Test (MUET)

STPM/ Matrikulasi (Bukan Sains)
  1. Lulus STPM/ Matrikulasi (Bukan Sains) dengan sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam mata pelajaran berikut:
    • Biologi / Fizik / Kimia
  2. Memperoleh sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3.0) dalam Malaysian University English Test (MUET)

Diploma/ Setaraf
  1. Memiliki Diploma dalam bidang yang berkaitan dengan kursus yang dipohon; atau ;
  2. Mempunyai kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakui oleh Senat Universiti; dan ;
  3. Memperoleh sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3.0) dalam Malaysian University English Test (MUET)

Brosur