Program ini ditawarkan oleh Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi, Universiti Malaysia Terengganu bermula sesi 2014/2015. Ia merupakan salah satu program pilihan utama pelajar. Program Sains Tanaman memberi tumpuan kepada kajian tumbuhan untuk meningkatkan produktivitinya dengan memberi penekanan khusus dalam memahami struktur, anatomi dan pengelasan tumbuhan tanaman, pembiakan genetik dan tumbuhan, fisiologi tumbuhan, sistem tanaman, teknologi pengeluaran tanaman, sains tanah, mekanisasi pertanian, teknologi pertanian jitu, kawalan perosak, penyakit dan rumpai dalam pertanian dan teknologi benih. Objektif utama program ini adalah untuk menjana dan menyebarkan pengetahuan untuk pembangunan pertanian dalam pelbagai bidang sains tanaman.
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.