Sarjana Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) merupakan program pertama yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi (FSMA), UMT. Program ini telah ditawarkan mulai Sesi Mei 2000/2001. Ia merupakan salah satu program pengajian paling popular di UMT. Program ini telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 29 Oktober 2003 dan seterusnya diiktiraf dalam senarai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Program ini mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains makanan secara umumnya dari segi komposisi dan nilai pemakanan makanan, perundangan keselamatan makanan, serta analisis makanan dan pembangunan produk. Ijazah ini memberikan nilai tambah kepada pelajar dari segi pengetahuan, kemahiran dan pengurusan yang diperlukan dalam industri perkhidmatan makanan komersial yang semakin menekankan penyediaan makanan yang selamat, sihat dan berkualiti tinggi. Program ini juga melengkapkan pelajar dengan kepakaran dalam menasihati pengambilan jumlah makanan yang ideal dan kaitannya dengan kesihatan kepada masyarakat.
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.