PIAGAM PELANGGAN FSMA

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan berkualiti seperti berikut:

  1. Melaksanakan program semakan dan penilaian sukatan pelajaran sekurang-kurangnya sekali setiap 5 tahun bagi memastikan program akademik adalah relevan, diiktiraf, berkualiti tinggi, mempunyai nilai kebolehpasaran graduan, serta mematuhi peraturan akademik yang berkuat kuasa dan piawaian kualiti Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015;
  2. Memberikan bimbingan dan nasihat akademik daripada mentor yang berwibawa sekurang-kurangnya 2 kali setiap semester bagi melahirkan graduan yang berpengetahuan, berakhlak mulia, berkualiti, berintegriti dan berdaya saing;
  3. Memaklumkan keputusan/hasil yang diterima daripada mesyuarat di peringkat pengurusan universiti tertinggi dalam tempoh 3 hingga 7 hari selepas penerimaan kepada pihak berkepentingan yang berkenaan;
  4. Memastikan maklumat peribadi pelanggan adalah selamat dan mematuhi piawaian kualiti Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013;
  5. Memastikan peralatan makmal/bengkel/stor/bilik perkongsian dan kelengkapannya sedia untuk digunakan selewat-lewatnya 10 minit sebelum program kuliah/amali dijalankan;
  6. Memastikan aduan pelanggan yang lengkap diberi maklum balas penerimaan dalam tempoh 3 hari bekerja;
  7. Memastikan perkhidmatan kaunter untuk sebarang pertanyaan disampaikan dalam tempoh selewat-lewatnya lima (5) minit.