Program Akademik / Agroteknologi (Sains Tanaman)

Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Sains Tanaman) dengan Kepujian

Pengeluaran tanaman moden dan teknologi pertanian lestari, dengan latihan lapangan di ladang UMT Bukit Kor.

Agrotechnology student testing plants in a vertical farm

Anugerah

Sarjana Muda (Kepujian)

Tempoh pengajian

4 tahun (8 semester)

Rujukan MQA

UG-6-621-001

Mula ditawarkan

Sesi 2014/2015

Pengambilan

Melalui UPU, sepenuh masa

Pengenalan

Program ini ditawarkan oleh Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi, Universiti Malaysia Terengganu bermula sesi 2014/2015, dan merupakan salah satu program pilihan pelajar di fakulti.

Program ini mengkaji sains tanaman bagi meningkatkan produktiviti: struktur, anatomi dan klasifikasi tumbuhan, genetik dan pembiakbakaan tumbuhan, fisiologi tumbuhan, sistem penanaman, teknologi pengeluaran tanaman, sains tanah, kejenteraan pertanian, pertanian jitu, kawalan perosak, penyakit dan rumpai, serta teknologi biji benih. Objektif utama program ini adalah untuk menjana dan menyebarkan pengetahuan bagi pembangunan pertanian dalam bidang sains tanaman.

Fokus bidang

  • Taksonomi tumbuhan
  • Genetik Pembiakbakaan
  • Fisiologi Tumbuhan
  • Sistem Penanaman
  • Sains Tanah
  • Kejenteraan Pertanian
  • Teknologi Pertanian
  • Pengurusan Perosak & Penyakit
  • Teknologi Lepas Tuai
  • Teknologi Biji Benih

Syarat kemasukan

Syarat am universiti

  • Lulus SPM – Kepujian dalam Bahasa Melayu dan lulus mata pelajaran Sejarah, dan
  • Lulus STPM – Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am, atau
  • KPM Matriculation or Foundation in Science (UM, UKM, UiTM) with a minimum CGPA of 2.00, and
  • Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UKM / Asasi UiTM – Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00, dan

Syarat khas program

/
Laluan kemasukan Syarat khas program
Lepasan STPM (Sains): Mendapat sekurang-kurangnya Gred D dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat STPM: Fizik/Kimia/Biologi
Lepasan STPM (Sastera): Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM: Fizik/Kimia/Biologi/Sains
Lepasan Matrikulasi / Asasi Sains / Kejuruteraan: Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat Matrikulasi/Asasi: Fizik/Kimia/Biologi
Lepasan Matrikulasi Perakaunan: Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM: Fizik/Kimia/Biologi/Sains
Lepasan Diploma / DVM / Setaraf: Memiliki diploma/mempunyai kelulusan lain dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti. Sekiranya diploma dalam bidang tidak berkaitan: Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM: Fizik/Kimia/Biologi/Sains
Lepasan STAM: Mendapat sekurang-kurangnya JAYYID pada peringkat STAM, dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM: Fizik/Kimia/Biologi/Sains

Sentiasa semak syarat terkini di portal UPU sebelum memohon.

Kerjaya

Graduan boleh berkhidmat di ladang dan perladangan, di agensi kerajaan dan syarikat swasta, dalam penyelidikan dan pendidikan, atau memulakan perniagaan pertanian sendiri.

  • Pengurus Ladang
  • Pegawai di agensi swasta & kerajaan
  • Penyelidikan / Saintis
  • Usahawan
  • Ahli Akademik
  • Agonomis

Cara memohon

  1. Pastikan anda memenuhi syarat am dan syarat khas program.
  2. Mohon melalui UPU Online dalam tempoh permohonan.
  3. Pilih UMT dan program ini dalam pilihan anda.
  4. Semak keputusan tawaran di UPU dan terima tawaran secara dalam talian.

Ketua Program

Dr. Nurul Faziha binti Ibrahim

Email: kp_tanaman.fsma@umt.edu.my
Telefon: +609-633 4986