Program Akademik / Teknologi Pemprosesan Agro
Mengubah hasil tanaman, ternakan, perikanan dan akuakultur menjadi produk agromakanan yang selamat dan bernilai tinggi.
Anugerah
Sarjana Muda (Kepujian)
Tempoh pengajian
3.5 tahun (7 semester)
Rujukan MQA
UG-6-621-002
Mula ditawarkan
Sesi 2025/2026
Pengambilan
Melalui UPU, sepenuh masa
Dalam halaman ini:: Pengenalan · Syarat Kemasukan · Peluang Kerjaya · Cara memohon
Program ini ditawarkan oleh Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi, Universiti Malaysia Terengganu bermula sesi 2025/2026, dan merupakan program terbaharu fakulti.
Program ini memberi tumpuan kepada kajian teknologi dalam pemprosesan tanaman, ternakan, perikanan dan produk akuakultur, teknologi pengawetan, pembungkusan, keselamatan makanan, serta automasi dan logistik rantaian bekalan. Ia turut merangkumi piawaian produk pertanian, pemprosesan sisa agro dan keperluan industri makanan halal, bagi melahirkan graduan yang mahir dalam pemprosesan berasaskan agro dan menyumbang kepada sektor agromakanan melalui teknologi yang lestari dan inovatif.
| Laluan kemasukan | Syarat khas program |
|---|---|
| Lepasan STPM (Sains): | Mendapat sekurang-kurangnya Gred D dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat STPM: Fizik/Kimia/Biologi |
| Lepasan STPM (Sastera): | Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM: Fizik/Kimia/Biologi/Sains |
| Lepasan Matrikulasi/Asasi Sains/Kejuruteraan: | Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat Matrikulasi/Asasi: Fizik/Kimia/Biologi |
| Lepasan Matrikulasi Perakaunan: | Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM: Fizik/Kimia/Biologi/Sains |
| Lepasan Diploma/DVM/Setaraf: | Memiliki diploma/mempunyai kelulusan lain dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti. Sekiranya diploma dalam bidang tidak berkaitan: Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM: Fizik/Kimia/Biologi/Sains |
| Lepasan STAM: | Mendapat sekurang-kurangnya JAYYID pada peringkat STAM, dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM: Fizik/Kimia/Biologi/Sains |
Sentiasa semak syarat terkini di portal UPU sebelum memohon.
Graduan boleh berkhidmat dalam pemprosesan agromakanan, kawalan kualiti, penyelidikan dan pengurusan ladang, di agensi awam dan syarikat swasta, atau dalam bidang pendidikan.
Prof. Madya Ts. Dr. Aidilla binti Mubarak
Email: kp_agro.fsma@umt.edu.my
Telefon: +609-633 4992
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.