Program Akademik / Teknologi Makanan
Diiktiraf oleh IFT (2026–2031)
Pemprosesan dan pengawetan makanan, kawalan kualiti dan pembangunan produk baharu, dengan latihan keusahawanan dalam program.
Anugerah
Sarjana Muda (Kepujian)
Tempoh pengajian
4 tahun (8 semester)
Rujukan MQA
UG-6-541-002
Pengiktirafan
Diluluskan IFT (2026–2031)
Mula ditawarkan
Sesi 2007/2008
Kemasukan
Melalui UPU, sepenuh masa
Dalam halaman ini: Pengenalan · Kelulusan IFT · Syarat kemasukan · Kerjaya· Cara memohon
Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan) mula ditawarkan di Universiti Malaysia Terengganu pada sesi Julai 2007/2008. Kini, program ini telah menjadi salah satu program yang paling popular bagi pelajar untuk melanjutkan pengajian di fakulti.
Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan, terlatih serta mahir dalam teknologi pemprosesan dan penghasilan makanan bagi menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti. Graduan program ini boleh berkhidmat di pelbagai agensi awam dan swasta dalam bidang berkaitan sains dan teknologi makanan, dan turut dibekalkan dengan pengetahuan keusahawanan.
Program Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan) dengan Kepujian diluluskan oleh IFT Higher Education Review Board (HERB). HERB menilai program prasiswazah berdasarkan IFT Undergraduate Education Standards for Degrees in Food Science, dan memantau program yang diluluskan secara berterusan.
Tempoh kelulusan: 2026–2031
| Laluan kemasukan | /Syarat khas program |
|---|---|
| Lepasan STPM: | Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Kimia |
| Lepasan Matrikulasi/Asasi: | Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran Kimia |
| Lepasan Diploma/Setaraf: | Memiliki diploma/mempunyai kelulusan lain dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti, dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM: Kimia/Biologi/Fizik |
| Lepasan STAM: | Mendapat sekurang-kurangnya JAYYID pada peringkat STAM, dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Kimia/Biologi/Fizik |
Sentiasa semak syarat terkini di portal UPU sebelum memohon.
Graduan boleh berkhidmat dalam penyelidikan dan pembangunan produk makanan, perundangan makanan dan pendidikan, bekerja di agensi awam dan syarikat swasta, atau memulakan perniagaan makanan sendiri.
Prof. Madya Ts. Dr. Norizah binti Mhd Sarbon
Email: kp_makanan.fsma@umt.edu.my
Telefon: +609-633 4968
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.