Program Akademik / Teknologi Pemprosesan Agro

Sarjana Muda Teknologi Pemprosesan Agro dengan Kepujian

Mengubah hasil tanaman, ternakan, perikanan dan akuakultur menjadi produk agromakanan yang selamat dan bernilai tinggi.

Agro Processing Technology student measuring the colour of a banana

Anugerah

Sarjana Muda (Kepujian)

Tempoh pengajian

3.5 tahun (7 semester)

Rujukan MQA

UG-6-621-002

Mula ditawarkan

Sesi 2025/2026

Pengambilan

Melalui UPU, sepenuh masa

Pengenalan

Program ini ditawarkan oleh Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi, Universiti Malaysia Terengganu bermula sesi 2025/2026, dan merupakan program terbaharu fakulti.

Program ini memberi tumpuan kepada kajian teknologi dalam pemprosesan tanaman, ternakan, perikanan dan produk akuakultur, teknologi pengawetan, pembungkusan, keselamatan makanan, serta automasi dan logistik rantaian bekalan. Ia turut merangkumi piawaian produk pertanian, pemprosesan sisa agro dan keperluan industri makanan halal, bagi melahirkan graduan yang mahir dalam pemprosesan berasaskan agro dan menyumbang kepada sektor agromakanan melalui teknologi yang lestari dan inovatif.

Fokus bidang

  • Teknologi pemprosesan hasil tanaman
  • Teknologi pemprosesan hasil penternakan
  • Teknologi pemprosesan hasil perikanan
  • Teknologi pemprosesan hasil akuakultur

Syarat kemasukan

Syarat am universiti

  • Lulus SPM – Kepujian dalam Bahasa Melayu dan lulus mata pelajaran Sejarah, dan
  • Lulus STPM – Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am, atau
  • KPM Matriculation or Foundation in Science (UM, UKM, UiTM) with a minimum CGPA of 2.00, and
  • Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UKM / Asasi UiTM – Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00, dan

Syarat khas program

Laluan kemasukanSyarat khas program
Lepasan STPM (Sains):Mendapat sekurang-kurangnya Gred D dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat STPM: Fizik/Kimia/Biologi
Lepasan STPM (Sastera):Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM: Fizik/Kimia/Biologi/Sains
Lepasan Matrikulasi/Asasi Sains/Kejuruteraan:Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat Matrikulasi/Asasi: Fizik/Kimia/Biologi
Lepasan Matrikulasi Perakaunan:Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM: Fizik/Kimia/Biologi/Sains
Lepasan Diploma/DVM/Setaraf:Memiliki diploma/mempunyai kelulusan lain dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti. Sekiranya diploma dalam bidang tidak berkaitan: Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM: Fizik/Kimia/Biologi/Sains
Lepasan STAM:Mendapat sekurang-kurangnya JAYYID pada peringkat STAM, dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM: Fizik/Kimia/Biologi/Sains

Sentiasa semak syarat terkini di portal UPU sebelum memohon.

Kerjaya

Graduan boleh berkhidmat dalam pemprosesan agromakanan, kawalan kualiti, penyelidikan dan pengurusan ladang, di agensi awam dan syarikat swasta, atau dalam bidang pendidikan.

  • Pegawai Pertanian
  • Pegawai Penyelidik
  • Pegawai Kawalan Kualiti
  • Felo Pertanian
  • Pengurus Ladang
  • Agonomis
  • Ahli Akademik

Cara memohon

  1. Pastikan anda memenuhi syarat am dan syarat khas program.
  2. Mohon melalui UPU Online dalam tempoh permohonan.
  3. Pilih UMT dan program ini dalam pilihan anda.
  4. Semak keputusan tawaran di UPU dan terima tawaran secara dalam talian.

Ketua Program

Prof. Madya Ts. Dr. Aidilla binti Mubarak

Email: kp_agro.fsma@umt.edu.my
Telefon: +609-633 4992