Program Akademik / Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan

Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) dengan Kepujian

Sains pemakanan manusia dan pengurusan premis perkhidmatan makanan.

Food Service and Nutrition student holding a fruit platter and a clipboard

Anugerah

Sarjana Muda (Kepujian)

Tempoh pengajian

4 tahun (8 semester)

Rujukan MQA

UG-6-541-001

Mula ditawarkan

Sesi 2000/2001

Pengambilan

Melalui UPU, sepenuh masa

Pengenalan

Program ini merupakan program pertama yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi (FSMA), UMT, sejak sesi Mei 2000/2001, dan merupakan salah satu program pengajian paling popular di UMT. Program ini telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 29 Oktober 2003 dan disenaraikan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Program ini mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains makanan secara umumnya dari segi komposisi dan nilai pemakanan makanan, perundangan keselamatan makanan, serta analisis makanan dan pembangunan produk. Ia menyediakan graduan untuk industri perkhidmatan makanan komersial yang menekankan penyediaan makanan yang selamat, sihat dan berkualiti, serta untuk memberi nasihat kepada masyarakat tentang pengambilan makanan yang sesuai dan kaitannya dengan kesihatan.

Fokus bidang

  • Kimia Makanan
  • Mikrobiologi Makanan
  • Pemprosesan & Pengawetan Makanan
  • Perundangan Makanan
  • Jaminan & Kualiti Makanan
  • Pembangunan Produk
  • Keusahawanan
  • Pengeluaran Makanan Komersial
  • Sistem Operasi Perkhidmatan Makanan
  • Pemakanan Komuniti

Syarat kemasukan

Syarat am universiti

  • Lulus SPM – Kepujian dalam Bahasa Melayu dan lulus mata pelajaran Sejarah, dan
  • Lulus STPM – Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am, atau
  • KPM Matriculation or Foundation in Science (UM, UKM, UiTM) with a minimum CGPA of 2.00, and
  • Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UKM / Asasi UiTM – Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00, dan

Syarat khas program

/
Laluan kemasukan Syarat khas program
Lepasan STPM (Sains): Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada mata pelajaran berikut di peringkat STPM: Kimia
Lepasan Matrikulasi/Asasi Sains/Kejuruteraan: Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran Kimia
Lepasan Diploma/DVM/Setaraf: Memiliki diploma/mempunyai kelulusan lain dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti, dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM: Fizik/Kimia/Biologi/Sains
Lepasan STAM: Mendapat sekurang-kurangnya JAYYID pada peringkat STAM, dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Sains di peringkat SPM

Sentiasa semak syarat terkini di portal UPU sebelum memohon.

Kerjaya

Graduan boleh berkhidmat dalam perkhidmatan makanan, pembuatan makanan, hospitaliti dan keselamatan makanan, di agensi awam dan syarikat swasta, atau memulakan perniagaan makanan sendiri.

  • Eksekutif Jaminan Kualiti / Kawalan Kualiti
  • Pengurus Pembangunan Produk Makanan
  • Pegawai Eksekutif Halal*
  • Pegawai Keselamatan Makanan
  • Pegawai Katerer
  • Pengawai Penyediaan Makanan
  • Perunding Makanan
  • Penganalisis Makanan
  • Usahawan Makanan
  • Ahli Akademik
  • Pegawai Sains

*Fakulti akan memudah cara penganjuran program Pensijilan Eksekutif Halal.

Cara memohon

  1. Pastikan anda memenuhi syarat am dan syarat khas program.
  2. Mohon melalui UPU Online dalam tempoh permohonan.
  3. Pilih UMT dan program ini dalam pilihan anda.
  4. Semak keputusan tawaran di UPU dan terima tawaran secara dalam talian.

Ketua Program

Prof. Madya Dr. Siti Nur ‘Afifah binti Jaafar

Email: kp_pmp.fsma@umt.edu.my
Telefon: +609-633 4959