Program Akademik / Teknologi Makanan

Diiktiraf oleh IFT (2026–2031)

Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan) dengan Kepujian

Pemprosesan dan pengawetan makanan, kawalan kualiti dan pembangunan produk baharu, dengan latihan keusahawanan dalam program.

Food Technology student holding a pipette and a beaker

Anugerah

Sarjana Muda (Kepujian)

Tempoh pengajian

4 tahun (8 semester)

Rujukan MQA

UG-6-541-002

Pengiktirafan

Diluluskan IFT (2026–2031)

Mula ditawarkan

Sesi 2007/2008

Kemasukan

Melalui UPU, sepenuh masa

Pengenalan

Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan) mula ditawarkan di Universiti Malaysia Terengganu pada sesi Julai 2007/2008. Kini, program ini telah menjadi salah satu program yang paling popular bagi pelajar untuk melanjutkan pengajian di fakulti.

Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan, terlatih serta mahir dalam teknologi pemprosesan dan penghasilan makanan bagi menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti. Graduan program ini boleh berkhidmat di pelbagai agensi awam dan swasta dalam bidang berkaitan sains dan teknologi makanan, dan turut dibekalkan dengan pengetahuan keusahawanan.

Fokus bidang

  • Kimia Makanan
  • Mikrobiologi Makanan
  • Pemprosesan & Pengawetan Makanan
  • Pengendalian & Pembungkusan
  • Perundangan Makanan
  • Kejuruteraan Makanan
  • Jaminan & Kualiti Makanan
  • Pembangunan Produk
  • Keusahawanan
IFT Approved Undergraduate Program badge

Diluluskan oleh Institute of Food Technologists (IFT)

Program Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan) dengan Kepujian diluluskan oleh IFT Higher Education Review Board (HERB). HERB menilai program prasiswazah berdasarkan IFT Undergraduate Education Standards for Degrees in Food Science, dan memantau program yang diluluskan secara berterusan.

Tempoh kelulusan: 2026–2031

Maksudnya kepada pelajar

  • Ijazah anda ditanda aras berdasarkan piawaian prasiswazah IFT, sebuah persatuan antarabangsa bagi profesional sains makanan.
  • Program ini telah dinilai berdasarkan bidang teras sains makanan IFT, termasuk kimia makanan, mikrobiologi makanan, serta pemprosesan dan kejuruteraan makanan.

Syarat kemasukan

Syarat am universiti

  • Lulus SPM – Kepujian dalam Bahasa Melayu dan lulus mata pelajaran Sejarah, dan
  • Lulus STPM – Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am, atau
  • Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UKM / Asasi UiTM – Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00, dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2.0) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Syarat khas program

/
Laluan kemasukanSyarat khas program
Lepasan STPM: Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Kimia
Lepasan Matrikulasi/Asasi: Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran Kimia
Lepasan Diploma/Setaraf: Memiliki diploma/mempunyai kelulusan lain dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti, dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM: Kimia/Biologi/Fizik
Lepasan STAM: Mendapat sekurang-kurangnya JAYYID pada peringkat STAM, dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Kimia/Biologi/Fizik

Sentiasa semak syarat terkini di portal UPU sebelum memohon.

Kerjaya

Graduan boleh berkhidmat dalam penyelidikan dan pembangunan produk makanan, perundangan makanan dan pendidikan, bekerja di agensi awam dan syarikat swasta, atau memulakan perniagaan makanan sendiri.

  • Pegawai Sains
  • Penyelidik
  • Penganalisis Makanan
  • Pegawai Teknologi Makanan
  • Pegawai Jaminan / Kawalan Kualiti Makanan
  • Usahawan
  • Perunding Makanan
  • Pengurus Pengeluaran
  • Ahli Akademik

Cara memohon

  1. Pastikan anda memenuhi syarat am dan syarat khas program.
  2. Mohon melalui UPU Online dalam tempoh permohonan.
  3. Pilih UMT dan program ini dalam pilihan anda.
  4. Semak keputusan tawaran di UPU dan terima tawaran secara dalam talian.

Ketua program

Prof. Madya Ts. Dr. Norizah binti Mhd Sarbon

Email: kp_makanan.fsma@umt.edu.my
Telefon: +609-633 4968